Wednesday, February 09, 2011

"Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota, Air Leleh, Melaka telah membunuh diri dengan terjun daripada Tingkat 2 bangunan sekolah tersebut. Sally Lee Qian Chun, pelajar Tingkatan 5 sekolah tersebut dkatakan mengalami tekanan perasaan akibat perhubungan cinta yang gagal. Keluarga Sally dikatakan langsung tidak mengesyaki apa-apa kerana semasa menyambut Gong Xi Fa Cai beberapa hari Sally dikatakan berada dalam keadaan ceria. Bagaimanapun apabila dilayari facebook Sally didapati beliau sudah memberi petanda akan membunuh diri dan meninggalkan pesanan kepada kawan-kawannya supaya meletakkan patung teddybear diatas kerandanya. Apa yang menyedihkan, ada kalangan warga facebook yang memberi respon menyuruh Sally meneruskan hasrat untuk membunuh diri itu."

No comments: