Bimbang trend kahwin lewat
KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan bimbang terhadap trend lewat berkahwin di kalangan wanita dan lelaki yang dikhuatiri memberi implikasi jangka panjang kepada negara. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jika trend itu berlaku berterusan, impaknya kepada negara ialah tempoh kesuburan wanita menjadi pendek dan kesukaran mendapat anak.
Menurutnya, perkahwinan tidak lagi menjadi keutamaan kepada wanita dan lelaki sebaliknya sanggup melewatkannya kerana terlalu mengejar kerjaya, melanjutkan pelajaran dan enggan terikat dengan institusi perkahwinan.
''Umur minimum perkahwinan pertama untuk lelaki meningkat daripada 28.6 tahun pada tahun 2000 kepada 28.9 tahun pada masa kini.
''Begitu juga dengan usia minimum perkahwinan wanita yang meningkat daripada 27.8 tahun pada tahun 2000 kepada 28.6 tahun masa kini,'' katanya.
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm)
melanjutkn pelajaraan--> btul ah tu.. by the time i graduate, I'll be 28.. but i don't think it's a good idea to juggle up work and family at the same time.. now hubby may be ok, but u can't simply let ur kids go loose kan? but then, bknnyer sengaje pn kn??